Posted by : Murabbi Al-Absar Consultant Thursday, 27 June 2013

Nukilan daripada = Ummi Munaliza
Sumber= Halaqah.net



emas1Sebenarnya seorang Muslim bukan hanya perlu mengejar kemewahan duniawi, tetapi juga kekayaan akhirat. Ini bersandarkan kepada sepotong ayat yang terdapat dalam kitab al-Quran.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang memperbuat bencana itu." (al-Qashash:77)

Penilaian kepada kaya di dunia adalah bersandarkan kepada harta, sementara akhirat pula adalah pahala. Justeru itu, untuk menjadi individu kaya di 'hari kemudian' kelak, kekayaan harta dunia itu perlu ditransformasi atau ditukarkan kepada bentuk pahala.

Lakukan transformasi


Kita tidak boleh mengejar kekayaan hanya untuk di dunia atau hanya untuk di akhirat sahaja. Kita juga tidak boleh menjadi bankrap di dunia semata-mata hendak menjadi kaya di akhirat. Kita kena kedua-duanya sekali atau dengan kata lain adalah perlu seimbang. Sebab manusia yang paling baik adalah yang kaya di dunia dan kaya juga di akhirat. Dengan kata lain, dia kaya harta dan kaya pahala.


Individu kaya begitu beruntung kerana dia boleh menukarkan aset dunianya bagi membolehkan dia membuat pelaburan pahala di akhirat. Hal ini berbeza pula dengan orang yang kurang berada, apalagi seorang fakir. Namun, golongan yang berada harus ingat – kalau hari ini dia kaya di dunia, tidak mustahil dia boleh menjadi muflis di akhirat gara-gara gagal menggunakan hartanya secara berhikmah di jalan Allah. Dan boleh jadi harta itu juga akan menyebabkan dia lengah masuk syurga.

Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan : “ Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Tangan yang diatas adalah pemberi dan tangan yang dibawah adalah penerima”. ( Riwayat muslim ) 


Namun, bagi yang kurang berada pula, walaupun peluang menggandakan pahala untuk akhirat tidak sebanyak orang kaya, dia juga sebenarnya turut beruntung. Kurang harta akan menyebabkan dia kurang berbuat dosa dalam proses pengendalian harta yang ada dan juga walaupun tidak dapat menyumbangkan kebaikan daripada segi kewangan tetapi boleh juga menyumbangkan tenaga kerja serta idea kepada yang memerlukan. Jadi berbuatlah kebaikan apa pun menurut kemampuan yang dianugerahkan kepada kita.


Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Jadi jika mahu bersedekah hukumnya adalah “Sunat” mengikut kemampuan pemberi. Ini berdasarkan dalil-dalil tersebut 

Al-Baqarah : ayat 280

Hadith Nabi SAW yang bermaksud: “ Bersedekahlah walaupun dengan sebutir kurma, kerana hal itu dapat menutup dari kelaparan dan dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api. (HR Ibn Al-Mubarak)
Oleh itu, jangan pernah samakan amal kebaikan orang kaya dengan amal kebaikan orang miskin. Pastikan segala amalan kebaikan kita adalah ikhlas. Kerana ikhlas itu menjamin kebahagian.

{ 1 comments... read them below or add one }

Diharap kepada pengunjung agar dapat menjaga tatasusila dan menghormati pengunjung yang lain.

- Copyright © Murabbi Al-Absar Consultant - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -