- Back to Home »
- Sejarah »
- Sejarah Penubuhan Murabbi Al-Absar Consultan
Posted by : Murabbi Al-Absar Consultant
Thursday, 11 July 2013
Murabbi Al-Absar Consultant merupakan cetusan idea Al-Fadil Ustaz Hasan Al-Hafiz Bin Haji Poniran sejak tahun 2012, ianya bermula dengan penubuhan kumpulan usrah bagi pelajar tingkatan enam di Asrama Putera Maahad Pontian yang dipimpin oleh beliau, dengan satu tujuan untuk melahirkan penuntut-penuntut Agama Islam yang kompetetif dan mampu menjadi pejuang-pejuang agama yang serba boleh dalam apajua bidang apatah lagi sebagai persediaan untuk bergelar pendakwah.
Namun sayangnya gerakan usrah ini menjadi terbatas apabila pelajar-pelajar tingkatan 6 Maahad Pontian telah selesai menjalani peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan menyambung pengajian ditempat lain.
Usrah ini kemudiannya diwujudkan semula di Pusat Pengajian Islam Johor (MARSAH) yang diterajui oleh Mohd Yusuf bin Ismadi dan dibuka penyertaannya pelajar-pelajar Marsah. Bagi mengelakkan gerakan ini menjadi jumud dan terhenti di MARSAH sahaja satu majlis syura telah ditubuhkan dan telah memutuskan agar usrah ini menubuhkan sebuah syarikat sebagai satu platform untuk menyebarkan dakwah dikalangan ahli dan juga masyarakat luar.

Maka pada 20 September 2012, Murabbi Al-Absar Consultant ditubuhkan dan telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat pada 7 FEBRUARI 2013 di bawah akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Johor Bahru dengan nombor pendaftarannya adalah JM0646598-K. Syarikat ini pada mulanya beroperasi di No 17 Kampong Sri Bengkal Mukim 6 Sri Gading 83500 Batu Pahat Johor.
Sye nk jd ahli boleh x?
ReplyDeletenantikan program2 akan datang MAC
Deleteaqil asyraf,, boleh!!! sila pm saya semula
Delete