- Back to Home »
- andy post »
- SeCeBis NikMat Dari ILaHi ...
Posted by : Unknown
Monday, 12 May 2014
Suatu hari , di satu kawasan pembinaan terdapat seorang
pekerja buruh sedang membancuh simen di bawah terik matahari yang menyinari .
Kerja tersebut dilakukan berhampiran dengan sebuah bangunan yang sedang
dibangun dan didirikan .
Tatkala si buruh asyik sedang menyiapkan tugasan nya
yang diberi , tiba-tiba dia terpandang akan sekeping duit syiling 50 sen
berhampiran tempatnya berdiri . Tanpa melihat kiri dan kanan , si buruh
tersebut terus mengambil syiling tersebut dan terus memasukkan nya di dalam
poket seluarnya . Selepas itu , si buruh pun terus menyambung kerja nya semula.
Namun , sedang dia melakukan
kerjanya itu , sekali lagi dia terpandang akan sekeping duit syiling 50 sen berhampiran
nya . Sebagaimana yang berlaku pada pertama kali tadi, dia terus mengambil duit
tersebut dan tanpa segan silu dia meletakkan syiling tersebut ke dalam poket
seluar nya .
Insiden itu berulang beberapa kali , sehinggalah beliau merasakan kesakitan
akibat hujanan batu-batu kecil dari bahagian atas tempat dia melakukan kerja
nya. Apabila si buruh , menoleh ke atas , ternyata kelihatan bos nya sedang
melambai-lambai ke arahnya dari aras 3 .
Untuk pengetahuan semua , sebenarnya , si bos sudah lama ingin memanggil si buruh
tersebut namun , oleh kerana suasana
kawasan pembinaan itu hiruk pikuk dengan bunyi bising , maka suara si bos untuk
memanggil si buruh tersebut tenggelam tanpa didengari .
Maka si bos tersebut terfikir
bagi menjatuhkan duit syiling nya dengan harapan bahawa si buruh tersebut melihat
ke atas , namun setelah usaha tersebut dilakukan sehingga syiling nya habis ,
si buruh langsung tidak menoleh ke atas walau sekali .
Maka oleh kerana itu , si
bos memikirkan cara lain bagi memanggil buruh tersebut , iaitu
melalui cara mengumpulkan batu-batu kecil lalu melemparkan ke arah badan si
buruh tersebut . Cara ini akhirnya telah membuatkan si buruh memandang ke atas dek
rasa sakit dan ingin melihat akan apa sebenarnya yang berlaku .
Saudara-saudara ku sekalian , kisah ini memberi suatu makna
yang besar bagi diri penulis itu sendiri . Kisah ini sebenarnya penulis terbaca
dari himpunan nukilan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man di HarakahDaily . Kisah ini
membuatkan diri penulis terfikir akan erti kenikmatan yang telah banyak Allah
kurniakan pada kita semua .
Hurm , cuba kita kaitkan kisah di atas dengan realiti hidup
yang sebenar . Terkadang Allah memberi nikmat kepada manusia agar manusia itu
kembali kepada Nya , namun nikmat itu hanya membuatkan manusia leka dan alpa . Lihat
sahaja si buruh itu , walaupun nikmat wang itu hanyalah bernilai 50 sen sahaja ,
namun tidak sesekali pun membuatkan si buruh menoleh ke atas untuk melihat dari
mana datangnya duit tersebut .
Ya , walaupun tidak semua manusia yang lupa
apabila di beri nikmat , namun jumlah yang mengkufuri nikmat tersebut adalah
lebih ramai . Kebiasaannya manusia hanya mengharapkan Allah hanyalah ketika
susah sebagaimana toleh nya si buruh apabila merasai kesakitan apabila di
baling batu oleh si bos . Apabila susah , baru ingat Allah . Apabila payah , baru
kembali pada Dia . Apabila memerlukan sesuatu baru sibuk menadah memohon kepada
Nya . Tidakkah rasa diri seperti seorang hipokrit ?
Saudara-saudaraku sekalian , sedarlah akan nikmat yang
berbagai yang telah Allah kurniakan buat kita semua . Syukurilah ia dengan melazimi
ingatan kepada Dia . Mudah-mudahan segala-galnya dipermudahkan oleh Allah . Ingatilah
Allah pada ketika kamu senang , InsyaAllah Dia akan mengingat kamu tatkala kamu
susah .
Jaga Allah , Allah Jaga Kita Semua …. Pesan buat diri dan semua … =)