Posted by : Murabbi Al-Absar Consultant Wednesday, 17 July 2013



                                    PENGENALAN
maksud usrah dalam BAHASA ARAB ialah keluarga .
Sebagai
ISTILAH pula , usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam .


                                 TUJUAN USRAH

Antaranya :-


  1. Meningkatkan kefahaman ahli-ahli terhadap Islam dan menentukan sikap terhadap isu-isu masalah sebagai umat Islam .
  2. Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah .
  3. Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai DIN WA DAULAH , menghayatinya dalam kehidupan peribadi , menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan dakwah itu sebagai sistem hidup dalam keluarga , masyarakat dan negara .
  4. Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiah dalam diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik .
  5. Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan pelbagai bentuk cabaran dan godaan yang mengancam kemurnian Islam .
  6. Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya .

                                     ADAB USRAH

antara adab-adab yang perlu diketahui :-

1. IKHLAS .
Ikhlas hanya kepada Allah seperti firman-Nya , maksudnya :
Dan tidaklah mereka tiadalah disuruh , melainkan supaya menyembah Allah ,
serta mengikhlaskan agama bagi-Nya , beribadat mengharapkan keredaan-Nya sambil cenderung kepada tauhid , dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (betul) .
 (Al-Bayyinah, 98:5)
Sabda Rasulullah s.a.w , maksudnya :
Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan .(Mutaffaqun'alaih)

2. MEMINTA IZIN UNTUK MASUK . 
Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah ahli atau tempat diadakan dalam usrah . Firman Allah , maksudnya :
WaHai orang-orang yang beriman , janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu , sehingga kamu minta izin dan mengucapkan salam (selamat) kepada yang empunyanya . Demikian itu lebih baik bagimu , mudah-mudahan kamu mendapat peringatan . (An-Nur, 24:27)

3. MENEPATI MASA .
Datang ke majlis dengan tepat pada waktunya .
Dari Abu Hurairah r.a. , bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Tanda orang munafik itu tiga , iaitu jikalau dia berdusta , jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan dia khianat .

4. SUCI DAN BERSIH .
Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan , bersih , suci serta sempurna .
Dari Abu Malik Al-Asy'ari r.a. katanya , Rasulullah s.a.w bersabda :
Bersuci itu separuh daripada keimanan . (Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi , maksudnya : Dari Usman bin Affan r.a. katanya , Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesiapa yang berwuduk lalu memperbagus wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya. (Muslim)
Perkara ini diperlakukan supaya senang untuk mendirikan solat , mudah apabila memegang al-Qur'an dan ayat-ayatnya dalam teks usrah , dan terjauh daripada gangguan syaitan .. dapat berbincang tanpa dipengaruhinya .

5. BERITAHU NAQIB JIKA TIDAK HADIR.
Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syarie , hendaklah segera memberitahu kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah .
Hal ini bertujuan untuk :
(a) Melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja .
(b) supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu .
(c) supaya dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik .
(d) supaya makanan yang disediakan tuan rumah tidak berlebihan .

6. BERSEDIA DARI SEGI MENTAL DAN PERLAKUAN .
Datanglah ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya .
Firman Allah , Maksudnya :
Dan penuhilah perjanjian dan sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya .
(Al-Israk, 17:34)
Perkara ini perlu agar majlis usrah berjalan sebagaimana yang dirancang , kita dapat berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang besar , dan akan menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat yang kemudian . Kegagalan kita bebuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan pada masa akan datang .

7. MEMBAWA SUMBER / ALAT TULIS .
Sediakan keperluan seperti al-Qur'an , teks surah , buku-buku catatan dan
al-Ma'thurat (jika perlu) . Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya .

8. MENGERATKAN UKHUWAH .
Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah .
Dari Abu Hurairah r.a. , katanya: Rasullah s.a.w bersabda :
Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat " Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku ? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri . " (Muslim)

9. MENUNTUT ILMU .
Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain kecuali perkara yang rahsia .
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda :
Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ , maka Allah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga . (Muslim)

10. DUDUK DALAM KEADAAN SOPAN .
Majlis usrah adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para malaikat . maka duduklah kamu dalam keadaan sebaiknya .
Janganlah engkau layangkan pemandangan engkau kepada barang yang telah Kami beri kesukaan kepada bermacam-macam orang kafir dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka itu dan rendahkanlah sayap engkau kepada orang-orang yang beriman (jangan sombong) . (Al Hijr, 15:88)
Dari Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a. katanya , Rasulullah s.a.w bersabda :
Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan dikelilingi oleh para malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka itu ketenangan di dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni disebutkan-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat . (Muslim)


                                    RUKUN USRAH
1. Taaruf .
berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang .
Firman Allah , maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ..... " .
Dan Sabda Rasulullah s.a.w pula , maksudnya :
Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan , saling kuat menguat antara satu dengan yang lain 
. Kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara pada jalan Allah . Di samping itu sikap mahabbah mesti di buktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata . At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab
mufa'alah (daripada dua belah pihak) , salbi dan i-jabi (memberi dan menerima)--kenal yang benar-benar , tahu selok-belok tentang saudara kita , supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya .

2. Tafahum.

bersefahaman . bertujuan supaya usrah membuahkan suatu sikap , satu tindakan daripada sama-sama faham , sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah , tunduk kepada kebenaran , muhasabah diri , muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara (ad-Dinul nasihah) .
Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada satu sama lain , baik yang memberi atau menerima .

3. Takaful.
merupakan dasar membela nasib sesama sendiri , supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela .
Maksud rukun ini ialah ahli usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya . Ia juga merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan , dan merupakan inti sari daripada ukhuwah yang murni .

Sabda Rasulullah s.a.w , maksudnya :
Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan.
Dan sabdanya lagi , maksudnya :
Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepada selain syurga .



Leave a Reply

Diharap kepada pengunjung agar dapat menjaga tatasusila dan menghormati pengunjung yang lain.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Murabbi Al-Absar Consultant - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -