- Back to Home »
- president membebel »
- Ucapan President MAC
Posted by : Murabbi Al-Absar Consultant
Tuesday, 29 October 2013
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, segala pujian hanya untuk NYA, yang mana dengan limpah rahmatnya saya berpeluang untuk menulis tinta kasih dan sayang kepada sahabat sahabat saya diluar sana. AlhamdulilLAH, sahabat sahabatku, ALLAH telah berfirman :
"Kamu
adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma'ruf dan
mencegah dari mungkar dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman,
tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan
kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik."(Ali-Imran:110)
Alhamdulilah,
yang pertama sekali & buat selama-lamanya, marilah kita sama sama merafa’kan
setinggi tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana mengurniakan ruang & peluang
kepada kita untuk terus bernafas, menikmati setiap inci nikmatNYA yang dihampar didunia ini. Dengan berbekalkan Nikmat Iman&Islam. kita masih
menuruti akan segala perintahNYA walaupun acap kali alpa dan terlena dalam dodoian nafsu dunia. Semoga Allah menerima segala amalan dan taubat kita kepadaNYA insyaALLAH.
Sahabatku yang
dirahmati sekalian,
Islam itu
bukanlah hanya berlegar legar dilantunan suara dibibir. Dan bukan pula seseorang yang lahir
dinegara yang berlambangkan sebagai negara islam. Juga bukan kerana ibu dan ayahnya beragama islam tetapi islam itu adalah bertujuan untuk tunduk dan patuh kepada ALLAH sehingga sanggup mencagarkan harta & nyawa hanya semata mata untuk islam. Sesuai
dgn Firman Allah :
"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya."(AL-Baqarah: 207)
Banyak gerakan gerakan islah yang telah ditubuhkan untuk dijadikan sebagai platform bagi menjalankan misi menyebarkan risalah suci untuk disebar luaskan kepada masyarakat disetiap pelusuk & peringkat masyarakat. Oleh dengan itu,Saya rasa sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinanNYA MURABBI AL-ABSAR CONSULTANT (M.A.C) menjadi salah satu gerakan sebagai wasilah menyambung perjuangan suci kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W. Dibawah Pimpinan Ustaz Hassan B.Hj Poniran selaku penasihat merangkap Murabbi didalam gerakan ini,

Dikesempatan
ini juga ,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Legasi Majlis
tertinggi & Ahli2 (M.A.C) yang sentiasa bersedia menabur khidmat bagi merealisasikan
misi ini. Semoga gerakan ini sentiasa berdiri utuh dan bergerak deras sampai ke
akhirnya.
sekian terima kasih.
sekian terima kasih.
terbaik !
ReplyDelete